ARAHAN DAN KEPERLUAN CALON HADIR TEMU DUGA SECARA FIZIKAL
SARJANA MUDA SEPENUH MASA
SESI 1 2024/2025 (KEMASUKAN OKTOBER 2024)
FAKULTI PERGIGIAN
» TARIKH DAN TEMPAT TEMU DUGA
Perkara | Sesi Temu Duga |
Tarikh | 27 - 28 Mei 2024 (Isnin & Selasa) |
Masa | 9.00 pagi - 5.00 petang |
Tempat | 1. UiTM Cawangan Selangor, Kampus Sungai Buloh (HQ) 2. UiTM Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani 3. UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Kota Bharu 4. UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu |
-
Calon dikehendaki mengisi borang pemilihan lokasi temu duga pada pautan https://forms.gle/3Sgirwoimw7m6wQ8A sebelum 20 Mei 2024. Pertukaran tempat temu duga TIDAK DIBENARKAN setelah pilihan dibuat.
-
Semua calon diwajibkan menepati masa dan mengikut arahan sepanjang masa temu duga.
» TAKLIMAT PRA–TEMU DUGA
- Bagi memastikan kelancaran proses pada hari temuduga, taklimat pra-temuduga kepada calon akan diadakan secara dalam talian seperti butiran berikut:
Perkara | Taklimat Pra-Temu Duga Fakulti Pergigian UiTM |
Tarikh | 16 Mei 2024 (Khamis) |
Masa | 3.00 petang - 4.00 petang |
Platform | WEBEX |
Pautan | https://uitm.webex.com/uitm/j.php?MTID=m78922e738c5101dfc6c6586a362ebef1 |
» KAEDAH PELAKSANAAN TEMU DUGA
- Temu duga akan dijalankan secara fizikal pada tarikh yang telah ditentukan. Tarikh dan sesi temuduga yang ditetapkan kepada setiap calon akan dimaklumkan selewat-lewatnya pada 24 Mei 2024. Pertukaran sesi adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
- Calon juga dikehendaki menjawab TUJUH (7) komponen ujian dan soal selidik serta memuatnaik dokumen sokongan dan video menggunakan nama penuh dan no. kad pengenalan sebagai 'identifier' melalui pautan (link):
http://dentistry.uitm.edu.my/index.php/en/admission/new-ug-intake
- Komponen pertama (1) melibatkan sesi temu duga secara fizikal bersama panel fakulti yang telah dilantik.
- Komponen kedua (2) melibatkan soal selidik latarbelakang calon.
- Komponen ketiga (3) melibatkan ujian mengenalpasti cara calon belajar ("VARK-questionaires").
- Komponen keempat (4) adalah ujian personaliti – "Big Five Personality Test".
- Komponen kelima (5) adalah ujian kecerdasan emosi - "Emotional Intelligence".
- Komponen keenam (6) adalah e-resume (1 atau 2 muka surat).
- Komponen ketujuh (7) ialah mengukir gigi menggunakan sabun ('soap-carving') yang perlu dibawa dan ditunjukkan hasil ukiran gigi kepada panel ketika sesi temu duga berlangsung.
- Calon dikehendaki menyelesaikan ketujuh-tujuh komponen sebelum dianggap selesai temu duga.
*** PERINGATAN *** |
MOHON KESEMUA DOKUMEN KOMPONEN III-VI & SOKONGAN DISUSUN MENGIKUT FOLDER DAN DI"ZIP"KAN SEBELUM DIMUATNAIK. |
MOHON NAMAKAN FAIL ZIP TERSEBUT SEPERTI BERIKUT: No. Kad Pengenalan_Nama Penuh Calon.zip |
» KOMPONEN I - TEMU DUGA SECARA FIZIKAL
- Temuduga ini adalah untuk SEMUA CALON yang menerima surat panggilan temu duga dari Universiti Teknologi
- Calon yang berjaya akan dihubungi sehari/dua hari sebelum tarikh temu duga
- Temu duga ini melibatkan interaksi bersama pensyarah dari Fakulti Pergigian UiTM secara fizikal.
- Setiap calon akan ditemuduga dan dinilai oleh DUA (2) orang panel yang dilantik.
- Masa yang diperuntukkan untuk setiap calon adalah 8-10 minit.
- Temu duga akan dijalankan dalam Bahasa Inggeris.
- Tarikh temu duga peringkat kedua adalah seperti ketetapan berikut:
Perkara | Sesi Temu Duga |
Tarikh | 27 - 28 Mei 2024 (Isnin & Selasa) |
Masa | 9.00 pagi - 5.00 petang |
- Peringatan: Rakaman/penyebaran rakaman sesi temu duga dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali.
» KOMPONEN II - SOAL SELIDIK LATARBELAKANG
- Calon hendaklah menjawab soalan soal selidik dan esei pendek di dalam komponen ini melalui pautan di bawah.
» KOMPONEN III - UJIAN KECENDERUNGAN PEMBELAJARAN
Calon hendaklah menjawab soalan soal selidik di dalam komponen ini melalui pautan:
***Calon kemudiannya dikehendaki mengambil tangkapan skrin atau 'screen shot' laporan keputusan ujian tersebut. Calon juga boleh membeli laporan tersebut di dalam bentuk pdf (kos adalah di bawah tanggungan sendiri).
Hantarkan laporan tersebut di dalam format JPG/PNG atau PDF ke pautan yang diberikan di komponen keenam.
Bawa laporan tersebut semasa hari temu duga.
» KOMPONEN IV - UJIAN PERSONALITI
- Calon perlulah menjawab ujian personaliti 'Big Five Personality Test' melalui pautan di bawah.
- Calon kemudiannya dikehendaki mengambil tangkapan skrin atau 'screen shot' laporan keputusan ujian tersebut seperti yang terkandung di dalam jadual 'Textual summary of your report'. Calon juga boleh membeli laporan tersebut di dalam bentuk pdf (kos adalah di bawah tanggungan sendiri).
- Hantarkan laporan tersebut di dalam format JPG/PNG atau PDF dalam pautan yang disediakan.
- Bawa laporan tersebut semasa hari temu duga.
» KOMPONEN V - UJIAN KECERDASAN EMOSI
Calon perlulah menjawab soalan ujian kecerdasan emosi ("emotional intelligence") di dalam komponen ini melalui pautan:
» KOMPONEN VI - E-RESUME
- Calon dikehendaki menyediakan e- resume beserta gambar tidak lebih daripada 2 muka surat menggunakan template mengikut kreativiti masing-masing.
- E-resume ini perlu dimuatnaik di pautan yang disediakan.
- Bawa e-resume tersebut semasa hari temu duga.
Kesemua dokumen sokongan & e-resume ini perlu dimuatnaik di pautan: Documents Upload
Calon perlu menamakan fail sebagai 'identifier' masing-masing seperti berikut:
(No. Kad Pengenalan_Nama Penuh Calon)
» KOMPONEN VII - MENGUKIR GIGI DENGAN SABUN ('SOAP-CARVING')
- Calon hendaklah menyiapkan satu (1) ukiran gigi geraham besar terlebih dahulu sebelum temu duga berlangsung.
- Calon boleh merujuk arahan yang disertakan bersama pautan untuk mengukir gigi geraham besar. Calon juga dibenarkan merujuk bahan lain seperti video untuk memudah cara calon melakukan ukiran gigi.
- Calon perlu membawa dan menunjukkan hasil ukiran gigi kepada panel ketika sesi temu duga berlangsung.
Arahan untuk ukiran gigi:
» SAHSIAH RUPA DIRI UNTUK SESI TEMU DUGA
- Calon-calon hendaklah berpakaian kemas dan sopan (gambar dan ketika sesi temu duga)
Lelaki:
- Kemeja lengan panjang, tali leher, seluar panjang (slack). Tidak dibenarkan memakai baju-T, singlet atau seluar jeans.
- Rambut pendek dan kemas serta tidak diwarnakan.
Perempuan:
- Baju kurung/kebaya atau office-attire. Tidak dibenarkan memakai baju-T, seluar jeans atau berpakaian yang menjolok mata.
- Rambut hendaklah kemas serta tidak diwarnakan, sekiranya tidak bertudung.
» PENGHANTARAN DOKUMEN KOMPONEN UJIAN DAN SOKONGAN
Calon perlu membuat salinan dokumen sokongan dan perlu dihantar melalui pautan komponen dokumen sokongan sebelum 22 Mei 2024.
Calon dikehendaki memuatnaik dokumen ("VARK-questionaires"), ("Big Five Personality Test"), ("emotional intelligence"), e-resume dan semua salinan dokumen sokongan dalam satu (1) folder dan menamakan folder tersebut dengan nombor kad pengenalan dan nama penuh calon ke pautan tersebut sebelum 22 Mei 2024. (Contoh nama folder : 011111031111_XYZ)
»»» Documents Upload «««
*** PERINGATAN *** |
MOHON KESEMUA DOKUMEN KOMPONEN III-VI & SOKONGAN DISUSUN MENGIKUT FOLDER DAN DI"ZIP"KAN SEBELUM DIMUATNAIK. |
MOHON NAMAKAN FAIL ZIP TERSEBUT SEPERTI BERIKUT: No. Kad Pengenalan_Nama Penuh Calon.zip |
Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Surat panggilan temu duga
- Sijil Diploma/ Matrikulasi/ Asasi/ PASUM/ STPM/ STAM (salinan yang telah disahkan)
- Sijil SPM (salinan yang telah disahkan)
- Keputusan MUET (salinan yang telah disahkan)
- Sijil kelahiran calon (salinan yang telah disahkan)
- Kad pengenalan calon (salinan yang telah disahkan)
- Sijil kelahiran dan kad pengenalan ibu dan bapa (salinan yang telah disahkan)
- Dokumen-dokumen dan sijil-sijil yang berkaitan (salinan yang telah disahkan)
Kegagalan menghantar dokumen sokongan yang lengkap akan menyebabkan permohonan calon tidak akan dipertimbangkan.
Salinan dokumen sokongan juga perlu dibawa semasa menghadiri temu duga.
Sebarang Pemalsuan Dokumen / Maklumat Mengakibatkan Pembatalan Tawaran Pengajian.
» DEKLARASI KESIHATAN
Calon perlu membuat deklarasi kesihatan dengan jujur. Pihak Universiti berhak menolak permohonan atau menggugurkan status pelajar sekiranya calon/pelajar didapati menipu atau memalsukan sijil atau apa-apa dokumen yang diserahkan kepada Universiti.
» PENGAKSESAN MAKLUMAT TERKINI
Sebarang maklumat terkini mengenai temu duga pengambilan ke Program Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (DS240) akan dikemaskini di laman web fakulti beralamat http://dentistry.uitm.edu.my
Calon adalah dinasihatkan untuk melawat laman web fakulti untuk mendapat sebarang maklumat terkini mengenai temu duga dari semasa ke semasa.
Calon juga boleh menyertai talian telegram https://t.me/+cRtwG46wcqI5NGE1
untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai temu duga.
» PENAFIAN (DISCLAIMER)
Universiti berhak menolak permohonan calon atau menggugurkan status pelajar sekiranya calon/ pelajar didapati menipu atau memalsukan sijil atau apa-apa dokumen yang diserahkan kepada Universiti.