Klinik Pergigian Garnet, Kampus Puncak Alam Bakal Dibuka Pada Disember 2023

Klinik Pergigian Garnet, Kampus Puncak Alam Bakal Dibuka Pada Disember 2023

30 November 2023 – Rektor UiTM Cawangan Selangor, YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman berbesar hati membuat lawatan ke Klinik Pergigian Garnet, Fakulti Pergigian UiTM di Kampus Puncak Alam dengan diiringi oleh Dekan, YBhg. Profesor Dr Aida Nur Ashikin Abd Rahman serta beberapa barisan pengurusan UiTM Cawangan Selangor.




Klinik Pergigian Garnet merupakan klinik pergigian satellite Fakulti Pergigian UiTM untuk memberikan perkhidmatan pergigian kepada warga UiTM Kampus Puncak Alam dan penduduk setempat. Klinik ini adalah untuk penempatan latihan klinikal pelajar Pascasiswazah yang menjalani pengajian untuk menjadi Pakar Pergigian pelbagai bidang, antaranya Pakar Restoratif dan Pakar Pergigian Penjagaan khas.
Klinik yang berkapasiti 10 kerusi pergigian untuk pelajar dan dua klinik pakar dilengkapi dengan mesin x-ray dan bilik plaster dan kelas pintar ini bakal dibuka pada bulan Disember 2023.


#UCSCemerlang

Contact Us

Faculty of Dentistry,
Universiti Teknologi MARA,
Sungai Buloh Campus, Selangor Branch,
47000, Jln Hospital, Sungai Buloh
Selangor, MALAYSIA
Phone  : +603-6126 6555 

Email   : korporatpergigian@uitm.edu.my  

 

Klinik Pergigian Jasmine Perdana (Puncak Perdana Campus)

Phone  : +603 7962 2400