SUNGAI BULOH, 26 Oktober 2023 – Program Keusahawanan Sosial telah dianjurkan oleh Pusat Pengajian Sains Praklinikal, Fakulti Pergigian, UiTM Kampus Sungai Buloh dengan kerjasama Akademi Pembangunan PKS dan Keusahawanan Malaysia (MASMED). Semua mahasiswa Sarjana Muda Pembedahan Pergigian serta pascasiswazah daripada semua program, telah menjayakan program ini.
Program ini mula dilaksanakan pada Mei 2023 dengan aktiviti Dental Virtual Idea Pitching (VIP), di mana setiap kumpulan perlu menyediakan video hasil idea perniagaan yang mengandungi video komersial, dan kanvas model perniagaan (BMC) yang dicadangkan Setiap kumpulan mahasiswa dibahagikan mengikut tahun kemasukan masing-masing.
Hasil daripada tinjauan maklum balas, para pembeli telah memberi komen yang positif dan berpuas hati dengan jualan tersebut. Sokongan dan dorongan daripada para pembeli juga telah memberi inspirasi serta semangat sepanjang pelaksanaan program ini. Program ini bukan sahaja menggalakkan penglibatan para pelajar dengan aktiviti keusahawanan, malah mewujudkan kesedaran tentang perkongsian bersama Masyarakat. Hasil daripada jualan pada Market Day ini akan disalurkan kepada rumah-rumah kebajikan dan juga pusat konservasi hidupan.
Pada akhir program jualan ini, jelas dilihat aktiviti sebegini dapat memberi impak positif kepada mahasiswa. Sehubungan dengan itu, semangat keusahawanan juga berjaya dipupuk untuk melahirkan mahasiswa yang lebih kreatif, beridealisme dan proaktif untuk mengatur langkah dalam bidang keusahawanan. Selain itu, program ini juga dapat melahirkan mahasiswa yang lebih prihatin dan cakna akan keadaan sekeliling terutamanya kepada golongan yang kurang bernasib baik.
Secara keseluruhannya, program ini telah memberi banyak impak bukan hanya kepada mahasiswa, malah kepada staf, universiti dan komuniti. Program seperti ini sangat digalakkan untuk diteruskan agar dapat melahirkan modal insan yang lebih prihatin dengan keadaan sekeliling.
ZATILFARIHIAH BINTI RASDI
(Unit Komunikasi Korporat, Fakulti Pergigian)