ARAHAN DAN KEPERLUAN CALON HADIR TEMU DUGA SECARA DALAM TALIAN

 

(Kaedah ini HANYA terpakai bagi temu duga Sesi Akademik 1 2020/2021 berikutan Pandemik COVID-19 yang sedang melanda Malaysia ketika ini.)

 

SARJANA MUDA SEPENUH MASA

SESI 1 2020/2021 (KEMASUKAN OKT 2020)

 

FAKULTI PERGIGIAN



KAEDAH TEMU DUGA 

  • Temu duga akan dijalankan secara dalam talian pada tarikh yang telah ditentukan. 
  • Calon dikehendaki menjawab LIMA (5) komponen ujian dan soal selidik serta memuatnaik dokumen sokongan dan video menggunakan nama penuh dan no. kad pengenalan sebagai ‘identifier’ melalui pautan (link) https://dentistry.uitm.edu.my/v2/index.php/en/academic/admission/
  • Komponen pertama melibatkan ujian aneka pilihan yang perlu dijawab dalam tempoh masa yang diberikan di pautan (link) yang disediakan di dalam tempoh satu (1) jam. 
  • Calon dinasihatkan menggunakan komputer biasa atau komputer riba. (Penggunaan telefon bimbit adalah tidak digalakkan)
  • Komponen kedua melibatkan soal selidik latarbelakang calon. 
  • Komponen ketiga adalah ujian kecerdasan emosi (“emotional intelligence”).
  • Komponen keempat adalah ujian personaliti (perlu muatnaik keputusan di pautan kelima).
  • Komponen kelima adalah untuk muatnaik dokumen sokongan, resume, video dan keputusan ujian personaliti.
  • Calon dikehendaki menyelesaikan kelima-lima komponen sebelum dianggap selesai temu duga.



KOMPONEN I - UJIAN BERTULIS (DALAM TALIAN)

 

Temu duga ini adalah untuk SEMUA calon yang menerima surat panggilan temu duga dari Universiti Teknologi MARA.

Pada hari temu duga yang ditetapkan, calon hendaklah log masuk (log in) pada pautan (link) yang diberikan dan pada masa yang telah ditetapkan seperti berikut:

 

Perkara

Sesi

Tarikh 

5 - 7 Jun 2020

Masa

Antara 00:00 (5 Jun 2020) sehingga 23:59 (7 Jun 2020)

Pautan

Dental Admission Test

 

Laman sesawang akan dibuka pada waktu dan masa yang terhad sahaja seperti tertera di atas dan calon boleh log in pada bila-bila masa dalam jangka waktu tersebut.

Calon dikehendaki menjawab soalan aneka pilihan yang terdiri dari soalan sains, matematik, psikometrik dan pengetahuan am.

Jumlah masa yang diperuntukkan adalah 1 jam. Pengiraan masa bermula sebaik sahaja log-in berjaya dan akan dihentikan secara automatik pada minit ke-60.

Calon hendaklah memastikan semua jawapan dihantar dalam waktu yang ditetapkan. 

Kegagalan untuk menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan akan mengakibatkan tiada markah akan diberikan.

Calon hendaklah menjawab dalam Bahasa Inggeris.

 

 

KOMPONEN II – SOAL SELIDIK LATARBELAKANG 

 

Calon hendaklah menjawab soalan soal selidik dan esei pendek di dalam komponen ini melalui pautan:

Background Survey



KOMPONEN III – UJIAN KECERDASAN EMOSI

 

Calon perlulah menjawab soalan ujian kecerdasan emosi (“emotional intelligence”) di dalam komponen ini melalui pautan:

Emotional Intelligence Test



KOMPONEN IV –UJIAN PERSONALITI

 

Calon perlulah menjawab ujian personaliti ‘Big Five Personality Test’ melalui pautan di:

Personality Test

 

Calon kemudiannya dikehendaki mengambil tangkapan skrin atau 'screen shot' laporan keputusan ujian tersebut seperti yang terkandung di dalam jadual 'Textual summary of your report'. Calon juga boleh membeli laporan tersebut di dalam bentuk pdf (kos adalah di bawah tanggungan sendiri).

Hantarkan laporan tersebut di dalam format JPG atau PDF ke pautan yang diberikan di komponen kelima.



KOMPONEN V – VIDEO PENDEK DAN E-RESUME

 

Calon hendaklah menghantar rakaman video pendek yang menerangkan secara ringkas dalam Bahasa Inggeris “why should you choose me?”. Video pendek ini mestilah berdurasi selama dua (2) minit sahaja, selebihnya tidak diambilkira.

Calon perlu menulis resume beserta gambar tidak lebih dari 5 muka surat menggunakan template mengikut kreativiti masing-masing.

Kedua-dua e-resume dan video ini perlu dimuatnaik di pautan: Documents Upload



SAHSIAH RUPA DIRI UNTUK VIDEO dan E-RESUME

 

Calon-calon hendaklah berpakaian kemas dan sopan (gambar dan ketika rakaman video)

 

Lelaki: 

Kemeja lengan panjang, tali leher, seluar panjang (slack). Tidak dibenarkan memakai baju-T, singlet atau seluar jeans. 

Rambut pendek dan kemas serta tidak diwarnakan. 

 

Perempuan: 

Baju kurung/kebaya atau office-attire. Tidak dibenarkan memakai baju-T, seluar jeans atau berpakaian yang menjolok mata.

Rambut hendaklah kemas serta tidak diwarnakan, sekiranya tidak bertudung.

 

DOKUMEN SOKONGAN 

 

Calon perlu membuat salinan dokumen sokongan dan perlu dihantar melalui pautan komponen sebelum 8 Jun 2020.

Calon dikehendaki memuatnaik semua salinan dokumen sokongan dengan  nama penuh dan nombor kad pengenalan calon ke pautan Documents Upload sebelum 8 Jun 2020.  

 

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Surat panggilan temu duga 
  • Sijil Diploma/Matrikulasi/Asasi/PASUM/STPM/STAM 
  • Sijil SPM
  • Keputusan MUET
  • Sijil kelahiran calon
  • Kad pengenalan calon
  • Sijil kelahiran dan kad pengenalan ibu dan bapa
  • Dokumen-dokumen dan sijil-sijil yang berkaitan 

   

Kegagalan menghantar dokumen sokongan yang lengkap akan menyebabkan permohonan calon tidak akan dipertimbangkan.

 

Sebarang Pemalsuan Dokumen / Maklumat  Mengakibatkan Pembatalan Tawaran Pengajian.