Fakulti Pergigian UiTM Kampus Sungai Buloh dengan sukacita ingin memaklumkan pembukaan Klinik Pergigian Garnet di Kampus Puncak Alam telah dibuka untuk perkhidmatan pergigian.
Klinik Pergigian Garnet ini merupakan klinik pergigian satellite Fakulti Pergigian UiTM untuk memberikan perkhidmatan pergigian kepada warga UiTM Kampus Puncak Alam dan penduduk setempat. Klinik ini adalah untuk penempatan latihan klinikal pelajar Pascasiswazah yang menjalani pengajian untuk menjadi Pakar Pergigian daripada pelbagai bidang.
Waktu perkhidmatan Klinik Pergigian Garnet:
Pendaftaran
Hari: Isnin - Khamis
Waktu: 8:00 pagi - 12:00 tengahari
2:00 petang - 4:00 petang
Isnin - Temujanji Endodontik
Selasa - Temujanji Endodontik dan Penjagaan Utama Pergigian (tanpa temujanji)
Rabu - Temujanji Endodontik dan Penjagaan Utama Pergigian (tanpa temujanji )
Khamis - Temujanji Pesakit Berkeperluan Khas
Dijemput semua warga UiTM yang berminat mendapatkan perkhidmatan pergigian untuk datang ke Klinik Pergigian Garnet.
Sekian, terima kasih.