Iklan Kekosongan Jawatan Secara Kontrak (Personel MySTEP) di Fakulti Pergigian, UiTM Kampus Sungai Buloh

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan Salam Sejahtera.

YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Prof. / Tuan / Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

 

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi SEGERA kekosongan jawatan secara kontrak (Personel MySTEP) di Fakulti Pergigian, UiTM Sungai Buloh bagi jawatan berikut:

 

a) Pembantu Pembedahan Pergigian

b) Pembantu Perawatan Kesihatan

c) Pembantu Khidmat Pelanggan

 

Bersama-sama ini disertakan iklan dan borang jawatan kosong berkenaan untuk rujukan. 

 

Calon-calon yang berminat boleh menghantar borang permohonan, resume serta kelayakan akademik yang lengkap ke:

Bahagian Pentadbiran
Aras 8, Fakulti Pergigian
Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Sungai Buloh, Jalan Hospital
47000 Sungai Buloh
Selangor

 

Permohonan boleh juga dikemukakan secara emel kepada Cik Noorwahida Shaharuddin, Penolong Pendaftar Kanan (Pentadbiran dan Klinikal) melalui This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. ; atau Encik Ahmad Sufi Asyraf Mohd Saidi, Pembantu Tadbir (Pengurusan Sumber Manusia dan Perkhidmatan) melalui This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Januari 2024 (Rabu).

Sekian, terima kasih.

 

“CARVING THE FUTURE LEADERS IN DENTISTRY”

اوسها، تقوى، موليا

"MALAYSIA MADANI"

 “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Unit Komunikasi Korporat Fakulti Pergigian
Fakulti Pergigian
Universiti Teknologi MARA
Cawangan Selangor (Kampus Sungai Buloh)
Jalan Hospital
47000 Sungai Buloh
Selangor
MALAYSIA

 

  Iklan Kekosongan Jawatan Personel MySTEP Fakulti Pergigian, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Sungai Buloh
  Borang Perjawatan MySTEP - Fakulti Pergigian

 

Contact Us

Faculty of Dentistry,
Universiti Teknologi MARA,
Sungai Buloh Campus, Selangor Branch,
47000, Jln Hospital, Sungai Buloh
Selangor, MALAYSIA
Phone  : +603-6126 6555 

Email   : korporatpergigian@uitm.edu.my  

 

Klinik Pergigian Jasmine Perdana (Puncak Perdana Campus)

Phone  : +603 7962 2400