BDS Admission 2021 | Instructions

 ARAHAN DAN KEPERLUAN CALON HADIR TEMU DUGA SECARA DALAM TALIAN

 

(Kaedah ini HANYA terpakai bagi temu duga Sesi Akademik 1 2021/2022 berikutan Pandemik COVID-19 yang sedang melanda Malaysia ketika ini.)

 

SARJANA MUDA SEPENUH MASA

SESI 1 2021/2022 (KEMASUKAN OKT 2021)

 

FAKULTI PERGIGIAN



» KAEDAH TEMU DUGA 

  • Temu duga akan dijalankan secara dalam talian pada tarikh yang telah ditentukan. 
  • Calon dikehendaki menjawab LIMA (5) komponen ujian dan soal selidik serta memuatnaik dokumen sokongan dan video menggunakan nama penuh dan no. kad pengenalan sebagai ‘identifier’ melalui pautan (link) https://dentistry.uitm.edu.my/index.php/en/academic/admission/
  • Komponen pertama melibatkan sesi temu duga secara dalam talian secara konferensi video atau telefon bersama panel fakulti yang telah dilantik.
  • Komponen kedua melibatkan ujian aneka pilihan yang perlu dijawab dalam tempoh masa yang diberikan di pautan (link) yang disediakan di dalam tempoh satu (1) jam. 
  • » Calon dinasihatkan menggunakan komputer biasa atau komputer riba. (Penggunaan telefon bimbit adalah tidak digalakkan)
  • Komponen ketiga melibatkan soal selidik latarbelakang calon. 
  • Komponen keempat adalah ujian kecerdasan emosi (“emotional intelligence”).
  • Komponen kelima adalah ujian personaliti (perlu muatnaik keputusan di pautan kelima).
  • Komponen keenam adalah untuk muatnaik dokumen sokongan, resume, video dan keputusan ujian personaliti.
  • Calon dikehendaki menyelesaikan keenam-enam komponen sebelum dianggap selesai temu duga.

 

*** PERINGATAN ***
MOHON KESEMUA DOKUMEN KOMPONEN V-VI & SOKONGAN DISUSUN MENGIKUT FOLDER DAN DI"ZIP"KAN SEBELUM DIMUATNAIK.
MOHON NAMAKAN FAIL ZIP TERSEBUT SEPERTI BERIKUT:
Nama Penuh Calon - No. Kad Pengenalan.zip



» KOMPONEN I - TEMU DUGA (DALAM TALIAN) SECARA KONFERENSI VIDEO

  • Temu duga ini adalah untuk SEMUA CALON yang menerima surat panggilan temu duga dari Universiti Teknologi MARA.
  • Calon yang berjaya akan dihubungi sehari/dua hari sebelum tarikh temu duga dijalankan.
  • Temu duga ini melibatkan interaksi bersama pensyarah dari Fakulti Pergigian UiTM secara konferensi video atau telefon.
  • Setiap calon akan ditemuduga dan dinilai oleh DUA (2) orang panel yang dilantik.
  • Masa yang diperuntukkan untuk setiap calon adalah 15 - 20 minit.
  • Temu duga akan dijalankan dalam Bahasa Inggeris.
  • Tarikh temu duga peringkat kedua adalah seperti ketetapan berikut:

 

Perkara  Sesi Temu Duga
Tarikh 31 Mei 2021 - 1 Jun 2021
Masa 9.00 pagi - 5.00 petang

 

  • Peringatan: Rakaman/penyebaran rakaman sesi temu duga dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali.

 

 

» KOMPONEN II - UJIAN BERTULIS (DALAM TALIAN)

  • Temu duga ini adalah untuk SEMUA calon yang menerima surat panggilan temu duga dari Universiti Teknologi MARA.
  • Pada hari temu duga yang ditetapkan, calon hendaklah log masuk (log in) pada pautan (link) yang diberikan dan pada masa yang telah ditetapkan seperti berikut:

 

Perkara  Sesi
Tarikh 2 - 4 Jun 2021
Masa Antara 00:00 (2 Jun 2021) sehingga 23:59 (4 Jun 2021)
Pautan Dental Admission Test

 

  • Laman sesawang akan dibuka pada waktu dan masa yang terhad sahaja seperti tertera di atas dan calon boleh log in pada bila-bila masa dalam jangka waktu tersebut.
  • Calon dikehendaki menjawab soalan aneka pilihan yang terdiri dari soalan sains, matematik, psikometrik dan pengetahuan am.
  • Jumlah masa yang diperuntukkan adalah 1 jam. Pengiraan masa bermula sebaik sahaja log-in berjaya dan akan dihentikan secara automatik pada minit ke-60.
  • Calon hendaklah memastikan semua jawapan dihantar dalam waktu yang ditetapkan. 
  • Kegagalan untuk menghantar jawapan pada masa yang ditetapkan akan mengakibatkan tiada markah akan diberikan.
  • Calon hendaklah menjawab dalam Bahasa Inggeris.

 

 

» KOMPONEN III - SOAL SELIDIK LATARBELAKANG 

Calon hendaklah menjawab soalan soal selidik dan esei pendek di dalam komponen ini melalui pautan:

Background Survey



» KOMPONEN IV - UJIAN KECERDASAN EMOSI

Calon perlulah menjawab soalan ujian kecerdasan emosi (“emotional intelligence”) di dalam komponen ini melalui pautan:

Emotional Intelligence Test



» KOMPONEN V - UJIAN PERSONALITI

Calon perlulah menjawab ujian personaliti ‘Big Five Personality Test’ melalui pautan di:

Personality Test

 

Calon kemudiannya dikehendaki mengambil tangkapan skrin atau 'screen shot' laporan keputusan ujian tersebut seperti yang terkandung di dalam jadual 'Textual summary of your report'. Calon juga boleh membeli laporan tersebut di dalam bentuk pdf (kos adalah di bawah tanggungan sendiri).

Hantarkan laporan tersebut di dalam format JPG atau PDF ke pautan yang diberikan di komponen keenam.



» KOMPONEN VI - VIDEO PENDEK DAN E-RESUME

Calon hendaklah menghantar rakaman video pendek yang menerangkan secara ringkas dalam Bahasa Inggeris “why should you choose me?”. Video pendek ini mestilah berdurasi selama dua (2) minit sahaja, selebihnya tidak diambilkira.

Calon perlu menulis resume beserta gambar tidak lebih dari 5 muka surat menggunakan template mengikut kreativiti masing-masing.

Kedua-dua e-resume dan video ini perlu dimuatnaik di pautan: Documents Upload

 

Calon perlu menamakan fail video sebagai ‘identifier’ masing-masing seperti berikut:

(Nama Penuh Calon - No. Kad Pengenalan)



SAHSIAH RUPA DIRI UNTUK VIDEO dan E-RESUME

  • Calon-calon hendaklah berpakaian kemas dan sopan (gambar dan ketika rakaman video)

 

Lelaki: 

  • Kemeja lengan panjang, tali leher, seluar panjang (slack). Tidak dibenarkan memakai baju-T, singlet atau seluar jeans. 
  • Rambut pendek dan kemas serta tidak diwarnakan. 

 

Perempuan: 

  • Baju kurung/kebaya atau office-attire. Tidak dibenarkan memakai baju-T, seluar jeans atau berpakaian yang menjolok mata.
  • Rambut hendaklah kemas serta tidak diwarnakan, sekiranya tidak bertudung.

  

 

 

» DOKUMEN SOKONGAN 

Calon perlu membuat salinan dokumen sokongan dan perlu dihantar melalui pautan komponen sebelum 8 Jun 2021.

Calon dikehendaki memuatnaik semua salinan dokumen sokongan dengan nama penuh dan nombor kad pengenalan calon ke pautan Documents Upload sebelum 8 Jun 2021.  

*** PERINGATAN ***
MOHON KESEMUA DOKUMEN KOMPONEN V-VI & SOKONGAN DISUSUN MENGIKUT FOLDER DAN DI"ZIP"KAN SEBELUM DIMUATNAIK.
MOHON NAMAKAN FAIL ZIP TERSEBUT SEPERTI BERIKUT:
Nama Penuh Calon - No. Kad Pengenalan.zip

 

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Surat panggilan temu duga 
  • Sijil Diploma/Matrikulasi/Asasi/PASUM/STPM/STAM 
  • Sijil SPM
  • Keputusan MUET
  • Sijil kelahiran calon
  • Kad pengenalan calon
  • Sijil kelahiran dan kad pengenalan ibu dan bapa
  • Dokumen-dokumen dan sijil-sijil yang berkaitan 

   

Kegagalan menghantar dokumen sokongan yang lengkap akan menyebabkan permohonan calon tidak akan dipertimbangkan.

 

Sebarang Pemalsuan Dokumen / Maklumat  Mengakibatkan Pembatalan Tawaran Pengajian.

 

 

» DEKLARASI KESIHATAN

Calon perlu membuat deklarasi kesihatan dengan jujur. Pihak Universiti berhak menolak permohonan atau menggugurkan status pelajar sekiranya calon/pelajar didapati menipu atau memalsukan sijil atau apa-apa dokumen yang diserahkan kepada Universiti.