BDS Admission 2022 | Instructions

 ARAHAN DAN KEPERLUAN CALON HADIR TEMU DUGA SECARA DALAM TALIAN

 

(Kaedah ini HANYA terpakai bagi temu duga Sesi Akademik 1 2022/2023 berikutan Endemik COVID-19 yang sedang melanda Malaysia ketika ini.)

 

SARJANA MUDA SEPENUH MASA

SESI 1 2022/2023 (KEMASUKAN OKT 2022)

 

FAKULTI PERGIGIAN



» KAEDAH TEMU DUGA 

  • Temu duga akan dijalankan secara dalam talian pada tarikh yang telah ditentukan. 
  • Calon dikehendaki menjawab TUJUH (7) komponen ujian dan soal selidik serta memuatnaik dokumen sokongan dan video menggunakan nama penuh dan no. kad pengenalan sebagai ‘identifier’ melalui pautan (link) https://dentistry.uitm.edu.my/index.php/en/academic/admission/
  • Komponen pertama melibatkan sesi temu duga secara dalam talian secara konferensi video atau telefon bersama panel fakulti yang telah dilantik.
  • Komponen kedua melibatkan soal selidik latarbelakang calon.
  • Komponen ketiga melibatkan ujian mengenalpasti cara calon belajar (“VARK-questionaires”).
  • Komponen keempat adalah ujian personaliti –“Big Five Personality Test” (perlu muatnaik keputusan di pautan keenam)
  • Komponen kelima adalah ujian kecerdasan emosi (“emotional intelligence”).
  • Komponen keenam adalah untuk muatnaik dokumen sokongan, resume, video dan keputusan ujian personality serta keputusan VARK.
  • Komponen ketujuh ialah mengukir gigi menggunakan sabun (‘soap-carving’) yang akan ditunjukkan kepada panel ketika sesi temuduga berlangsung.
  • Calon dikehendaki menyelesaikan ketujuh-tujuh komponen sebelum dianggap selesai temu duga.

 

*** PERINGATAN ***
MOHON KESEMUA DOKUMEN KOMPONEN III-VI & SOKONGAN DISUSUN MENGIKUT FOLDER DAN DI"ZIP"KAN SEBELUM DIMUATNAIK.
MOHON NAMAKAN FAIL ZIP TERSEBUT SEPERTI BERIKUT:
Nama Penuh Calon - No. Kad Pengenalan.zip



» KOMPONEN I - TEMU DUGA (DALAM TALIAN) SECARA KONFERENSI VIDEO

  • Temu duga ini adalah untuk SEMUA CALON yang menerima surat panggilan temu duga dari Universiti Teknologi MARA.
  • Calon yang berjaya akan dihubungi sehari/dua hari sebelum tarikh temu duga dijalankan.
  • Temu duga ini melibatkan interaksi bersama pensyarah dari Fakulti Pergigian UiTM secara konferensi video atau telefon.
  • Setiap calon akan ditemuduga dan dinilai oleh DUA (2) orang panel yang dilantik.
  • Masa yang diperuntukkan untuk setiap calon adalah 15 - 20 minit.
  • Temu duga akan dijalankan dalam Bahasa Inggeris.
  • Tarikh temu duga peringkat kedua adalah seperti ketetapan berikut:

 

Perkara  Sesi Temu Duga
Tarikh 7 - 8 Jun 2022 (Selasa & Rabu)
Masa 9.00 pagi - 5.00 petang

 

  • Peringatan: Rakaman/penyebaran rakaman sesi temu duga dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali.

 

  

» KOMPONEN II - SOAL SELIDIK LATARBELAKANG 

Calon hendaklah menjawab soalan soal selidik dan esei pendek di dalam komponen ini melalui pautan:

Background Survey



» KOMPONEN III - UJIAN KECENDERUNGAN PEMBELAJARAN  

Calon hendaklah menjawab soalan soal selidik di dalam komponen ini melalui pautan:

VARK Questionnaire

 

***Calon kemudiannya dikehendaki mengambil tangkapan skrin atau 'screen shot' laporan keputusan ujian tersebut. Calon juga boleh membeli laporan tersebut di dalam bentuk pdf (kos adalah di bawah tanggungan sendiri).

Hantarkan laporan tersebut di dalam format JPG atau PDF ke pautan yang diberikan di komponen keenam.

 

 

» KOMPONEN IV - UJIAN PERSONALITI

Calon perlulah menjawab ujian personaliti ‘Big Five Personality Test’ melalui pautan di:

Personality Test

 

***Calon kemudiannya dikehendaki mengambil tangkapan skrin atau 'screen shot' laporan keputusan ujian tersebut seperti yang terkandung di dalam jadual 'Textual summary of your report'. Calon juga boleh membeli laporan tersebut di dalam bentuk pdf (kos adalah di bawah tanggungan sendiri).

Hantarkan laporan tersebut di dalam format JPG atau PDF ke pautan yang diberikan di komponen keenam.

 

 

» KOMPONEN V - UJIAN KECERDASAN EMOSI

Calon perlulah menjawab soalan ujian kecerdasan emosi (“emotional intelligence”) di dalam komponen ini melalui pautan:

Emotional Intelligence Test

 

 

» KOMPONEN VI - VIDEO PENDEK DAN E-RESUME

Calon hendaklah menghantar rakaman video pendek yang menerangkan secara ringkas dalam Bahasa Inggeris “why should you choose me?”. Video pendek ini mestilah berdurasi selama dua (2) minit sahaja, selebihnya tidak diambilkira.

Calon perlu menulis resume beserta gambar tidak lebih dari 5 muka surat menggunakan template mengikut kreativiti masing-masing.

Kedua-dua e-resume dan video ini perlu dimuatnaik di pautan: Documents Upload

 

Calon perlu menamakan fail video sebagai ‘identifier’ masing-masing seperti berikut:

(Nama Penuh Calon - No. Kad Pengenalan)



SAHSIAH RUPA DIRI UNTUK VIDEO dan E-RESUME

  • Calon-calon hendaklah berpakaian kemas dan sopan (gambar dan ketika rakaman video)

 

Lelaki: 

  • Kemeja lengan panjang, tali leher, seluar panjang (slack). Tidak dibenarkan memakai baju-T, singlet atau seluar jeans. 
  • Rambut pendek dan kemas serta tidak diwarnakan. 

 

Perempuan: 

  • Baju kurung/kebaya atau office-attire. Tidak dibenarkan memakai baju-T, seluar jeans atau berpakaian yang menjolok mata.
  • Rambut hendaklah kemas serta tidak diwarnakan, sekiranya tidak bertudung.

  

 

 

» KOMPONEN VII - MENGUKIR GIGI DENGAN SABUN  

Calon hendaklah membeli sebuku sabun dan boleh menggunakan arahan yang disertakan bersama pautan untuk mengukir gigi geraham besar. Calon diberikan kebebasan untuk menggunakan apa jua barang untuk mengukir. Calon juga dibenarkan merujuk bahan lain seperti video untuk memudah cara calon melakukan ukiran gigi. Ukiran hendaklah dibuat sendiri tanpa bantuan orang lain. Calon perlu menunjukkan hasil ukiran kepada panel ketika sesi temuduga berlangsung.

Arahan untuk ukiran gigi:

Tooth Carving Instructions

 

 

 

» DOKUMEN SOKONGAN 

Calon perlu membuat salinan dokumen sokongan dan perlu dihantar melalui pautan komponen sebelum 8 Jun 2022.

Calon dikehendaki memuatnaik semua salinan dokumen sokongan dalam SATU (1) folder dan menamakan folder tersebut dengan nama penuh dan nombor kad pengenalan calon ke pautan Documents Upload sebelum 8 Jun 2022.  

*** PERINGATAN ***
MOHON KESEMUA DOKUMEN KOMPONEN III-VI & SOKONGAN DISUSUN MENGIKUT FOLDER DAN DI"ZIP"KAN SEBELUM DIMUATNAIK.
MOHON NAMAKAN FAIL ZIP TERSEBUT SEPERTI BERIKUT:
Nama Penuh Calon - No. Kad Pengenalan.zip

 

Dokumen sokongan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Surat panggilan temu duga 
  • Sijil Diploma/Matrikulasi/Asasi/PASUM/STPM/STAM 
  • Sijil SPM
  • Keputusan MUET
  • Sijil kelahiran calon
  • Kad pengenalan calon
  • Sijil kelahiran dan kad pengenalan ibu dan bapa
  • Dokumen-dokumen dan sijil-sijil yang berkaitan 

   

Kegagalan menghantar dokumen sokongan yang lengkap akan menyebabkan permohonan calon tidak akan dipertimbangkan.

 

Sebarang Pemalsuan Dokumen / Maklumat  Mengakibatkan Pembatalan Tawaran Pengajian.

 

 

» DEKLARASI KESIHATAN

Calon perlu membuat deklarasi kesihatan dengan jujur. Pihak Universiti berhak menolak permohonan atau menggugurkan status pelajar sekiranya calon/pelajar didapati menipu atau memalsukan sijil atau apa-apa dokumen yang diserahkan kepada Universiti.

Website Statistics

Today

*Data source: Google Analytics

 

Contact Us


Faculty of Dentistry
UiTM Selangor Branch
UiTM Sungai Buloh Campus
Jalan Hospital
47000 Sungai Buloh
Selangor Darul Ehsan


Hotline : +603 61266555