Program Khidmat Masyarakat: KILIM Karst Geoforest Park Beach Clean-Up Anjuran Fakulti Pergigian UiTM Sungai Buloh Dengan Kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Dan Malaysian Dental Association (MDA)


LANGKAWI, 12 Oktober 2023 – Fakulti Pergigian UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh dengan Kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Malaysian Dental Association (MDA) telah mengadakan Projek CSR Beach Clean-up di sekitar persisir pantai Kilim Karst Geoforest Park. Projek CSR yang diketuai oleh Dekan Fakulti Pergigian UiTM, Prof Dr. Aida Nur Ashikin Abdul Rahman disertai oleh 35 staf dan 50 pelajar UiTM Fakulti Pergigian dan peserta konferen IDCMR2023 yang membersihkan kawasan sekitar persisir pantai.

Program ini bertujuan membantu pemuliharaan kawasan persisir pantai, dan membantu komuniti setempat memelihara persekitaran yang bersih dan sihat. Selain mengurangkan pencemaran bahan terbuang khususnya botol plastik, dan polisterin, objektif program ini juga adalah untuk menyemai semangat kerjasama bergotong-royong membersihkan kawasan pantai, di samping meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup yang sihat selain membawa nilai murni sayangkan alam sekitar kepada masyarakat.





Projek ini merupakan salah satu usaha positif dan telah memberikan impak positif kepada pelajar kerana ia membuka mata mereka tentang isu pemeliharaan alam sekitar di kawasan pantai. Pengalaman daripada aktiviti khidmat sosial ini juga dapat diaplikasikan dalam pembelajaran dan kehidupan harian pelajar.



Sebagai kesimpulannya, program Kilim Karst Geoforest Park Beach Clean-up telah berjalan dengan lancar pada 12 Oktober 2023. Program ini terbukti memberi impak yang positif kepada para peserta. Secara ringkasnya, program ini dapat menyumbang manfaat kepada pelajar UiTM dalam memupuk kesedaran kepentingan penjagaan alam sekitar dan melahirkan pelajar yang holistik, di mana pelajar tidak tertumpu dengan pembelajaran di dewan kuliah sahaja, tetapi pelajar juga didedahkan dengan aktiviti sosial yang memberi manfaat di luar bilik kuliah.



ZATILFARIHIAH BINTI RASDI (Unit Komunikasi Korporat, Fakulti Pergigian)
ASSOCIATE PROF. DR. NIK MOHD MAZUAN NIK MOHD ROSDY

Contact Us

Faculty of Dentistry,
Universiti Teknologi MARA,
Sungai Buloh Campus, Selangor Branch,
47000, Jln Hospital, Sungai Buloh
Selangor, MALAYSIA
Phone  : +603-6126 6555 

Email   : korporatpergigian@uitm.edu.my  

 

Klinik Pergigian Jasmine Perdana (Puncak Perdana Campus)

Phone  : +603 7962 2400